Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurhidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011.
Pertubuhan ini beroperasi di sebuah premis persendirian di Kampung Sadik, Kupang Kedah dan
menempatkan seramai 20 oarang anak yatim dan miskin meliputi daerah Baling dan kawasan
sekitarnya. Keadaan rumah yang sempit dan uzur, menyebabkan rumah ini tidak sesuai untuk dihuni.
2. Dengan ini pihak pengurusan bercadang untuk membeli sebidang tanah hak milik 1128,
bernombor lot 8641 berkeluasan 25,011 kaki persegi di Kampung Sadik, 09200 Mukim Kupang,
Baling Kedah untuk membangunakan sebuah rumah anak yatim yang baru dan dianggarkan kos
perbelanjaan sebanyak RM800,000. Rumah anak yatim dan miskin ini bakal mempunyai kemudahan-
kemudahan seperti berikut:
Bilik asrama untuk anak-anak yatim dan miskin
Dewan makan/ Dewan serbaguna
Ruang solat berjemaah
Pejabat pentadbiran
3. Bangunan ini di peringkat perancangan akan dijangka siap pada tahun 2015. Untuk merealisasikan
pembinaan rumah anak yatim ini, pihak pertubuhan mengharapkan agar para dermawan dapat
sama-sama membantu menyumbang melalui
1. Saham wakaf lantai bernilai RM 30 sekaki persegi
2. Sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai, bahan binaan, pemberian zakat dan lain-
lain yang bersesuaian dengan syariat.
4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan untuk projek
ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan/puan.
Sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi Puan Khazimah (0134330717), Haji Bakre
(0194635079), Hajjah Jamilah (0194350804), Firdaus (0195699424).
“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah
seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi
sesiapa yang dikehendaki-nya dan Allah maha luas (rahmat) kurnia-nya lagi maha mengetahui”
Surah al-baqarah: ayat 261
Perkhemahan Keluarga Mac 2011
13 years ago