Wednesday, December 26, 2012

Info kebajikan

Ucapan takziah kepada Saudara Hussin @ SC3HBI Pok Pi, bonda tersayang telah meninggal dunia di Hospital Dungun sebentar tadi, bersama kita mendoakan semoga roh bonda beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Monday, December 24, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 51

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 51
Tarikh : 23/12/2012
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in : 52

Info 1
Tahniah kepada SC3MAB Azlan, syukur kepada Allah SWT SC3MAB1 telah selamat melahirkan anak perempuan (anak pertama) pada hari Jumaat 21hb Disember 2012, semoga sihat ibu & anak sejahtera.


Info 2
Sama-sama mendoakan agar kekanda kepada SC2JY dan ipar kepada SC3KAY yang dimasukkan ke Hospital TAR Klang dalam wad yang sama agar mendapat rawatan terbaik dan kembali sihat seperti sediakala.

Info 3
Mendoakan semoga SC3KJ dan SC3RIX1 serta rakan wanita yang lain yang berada di Gunung Kinabalu mendaki ke puncak dikurniakan keselamatan, kesihatan agar dapat mendaki ke puncak Kinabalu dengan selamat, 7 jam di harungi dengan hujan lebat semasa mendaki dan akan terus ke puncak.

Info 4
Selamat datang ke SCS Communication and Event kepada rakan baru: SC3POK SHARBANI, SC3MIY AZLAN, SC3JON ZAHIRI, SC3WGH SAIFUL AZMIL.

Info 5
RAE 2-2012 yang telah berlalu pada 19hb Dis 2012 jam 2.00 petang, telah mencatatkan bilangan paling ramai pemegang callsign di SCS iaitu 45 callsign yang menduduki peperiksaan, semoga semuanya berjaya.


Info 6
Jemputan walimatulurus daripada SC3SAL Fitri, pada hari Sabtu 29hb Disember 2012, bagi meraikan kekandanya yang menjadi raja sehari, di Dewan Gemilang, Kuarters Penjara, Jalan Salleh, Muar Johor.

Info 7
Pembaharuan AA untuk sessi 2013 bersama dengan SCS, sila hubungi pihak pengurusan SC1LE +6019.381.5969, SC2DA +6019.666.5654, SC2JY +6016.681.5181, SC3ADI +6019.326.4525, SC5KM +6016.309.8808, SC3RA +6019.331.9930 dan SC2JQ +6016.604.5689

Monday, December 17, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 50

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 50
Tarikh : 16/12/2012
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in : 53

Info 1
Terima kasih kepada Urusetia Kelas Persediaan RAE pada 16hb Disember 2012 di Bandar Kinrara, terima kasih juga kepada peserta dan SCP-PRO 9M2PRO Abg Zanirul sebagai tenaga pengajar, semoga semua calon berjaya dalam RAE 2-2012 pada 19hb Disember 2012 d Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Info 2
Tahniah kepada SC3HAR Hafiz, dikurniakan anak lelaki pada hari Jumaat 14hb Disember semoga sihat kedua-duanya xyl dan bayi, kelahiran baru anak kedua beliau.

Info 3
Tahiah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat dengan Konvoi Amal 2012 semuanya selamat

Info 4
Saudara Tajudin SC3-TAJ menjemput semua warga SCS ke Majlis Walimatulurus puteri dan putera beliau pada hari Jumaat 21hb Disember 2012. Majlis makan bermula jam 6:30PM hingga 11:30PM di alamat No.128 Jalan Serunai Satu, Taman Klang jaya, Klang, Selangor. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Info 5
Saudara SC3-ACD menjemput semua warga SCS ke Majlis Walimatulurus adik lelaki beliau pada hari Sabtu 22/12/2012 di alamat Lot 344 Parit 7/7L Labu Kubong 36610 Chenderong Balai Teluk Intan Perak.Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Info 6 
Selamat datang ke SCS rakan-rakan baru SC3POK Sharbani, SC5OZM Osman, SC3KRR Kamaruzaman, SC3CIP Said, SC3HBH Haslam, SC3VPR Yusairi, SC3GLR Suhaimi, SC3TRR Tamrin, SC3JRR Alif, SC3ZIR Nazir, SC3CAT Bostaman, SC3NAJ Azman dan SC3MRY Rosli 

Info 7

Mendoakan SC3KJ, SC3KJX, SC3RIX1 dan rakan-rakan wanita yang lain berjaya dan selamat mencapai mendaki ke kemuncak Gunung Kinabalu pada 21hb-24hb dec 2012 dan akan mendaki pada 23hb dec jam 2:00am waktu Malaysia. Doa dan sokongan dari rakan-rakan semoga mereka berjaya mencapai matlamat mendaki Gunung Kinabalu. Amin

Info 8
Pembaharuan AA untuk sessi 2013 bersama dengan SCS, sila hubungi pihak pengurusan SC1LE +60193815969, SC2DA +60196665654, SC2JY +60166815181, SC3ADI +60193264525, SC5KM +60163098808, SC3RA +60193319930 dan SC2JQ +60166045689

Sekitar Konvoi Amal 2012

Alhamdulilah rakan-rakan Konvoi Amal 2012 telah selamat kembali untuk konvoi dari 7hb-9hb Disember 2012. Antara lokasi yang telah dilawati rumah anak-anak yatim, surau & masjid di Betong Yala. Segala sumbangan yang diberikan kepada yang memerlukan semoga mendapat rahmat dari Allah SWT. Amin.

Wednesday, December 5, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 48


2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 48
Tarikh : 2/12/2012
Net Controller : SC3-DYB
Handle : Ujang
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in : 42

Info 1
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Majlis Asyura pada hari Ahad 2hb Disember 2012 di base station SC2JQ.

Info 2
Konvoi Amal 2012, acara pelepasan rasmi akan diadakan di Ibu Pejabat Karang Kraft Seksyen 15 Shah Alam pada 7hb Disember 2012, Jumaat jam 8.30 pagi, semoga semua telah bersedia dan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang.

Info 3
Jemputan Walimatulurus adinda kepada SC3POY Saudara Saiful,bernama Nur Syakila dgn Mohd Irwan. Majlis pada hari sabtu 8/12/12 di alamat No 262 Jalan Manggis Felcra Changkat Lada Kg Gajah. SC3POY menjemput semua rakan-rakan SCS. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis.

Info 4
Kelas Persediaan RAE akan di adakan pada 16hb Disember 2012, Ahad jam 9:00 pagi, bertempat di Dewan Masjid Bandar Kinrara, Puchong. yuran RM50 sahaja, yang berminat sila hubungi SC2JQ +6016.604.5689, tempat adalah terhad.

Info 5
Saudara Tajudin SC3-TAJ menjemput semua warga SCS ke Majlis Walimatulurus puteri dan putera beliau pada hari Jumaat 21hb Disember 2012. Majlis makan bermula jam 6:30PM hingga 11:30PM di alamat No.128 Jalan Serunai Satu, Taman Klang jaya, Klang, Selangor. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Info 6
Saudara SC3-ACD menjemput semua warga SCS ke Majlis Walimatulurus adik lelaki beliau pada hari Sabtu 22/12/2012 di alamat Lot 344 Parit 7/7L Labu Kubong 36610 Chenderong Balai Teluk Intan Perak.Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Info 7
Rakan baru SCS: SC3NEO TARMIZI, SC3EDZ SYAFIQ, SC3HAN MOHD HANIS, SC3KEZ HISHAM, SC3MII MOHD ISMAIL, SC3PSM MOHD HASSRIL, SC3MSA MOHD SAIFOL, SC3HKX SYAFIQ ISKANDAR, SC3LLM NORAZLAN, SC3HBI HUSSIN, SC3POG MOHD FAUZI