Wednesday, April 30, 2014

Walimah Hj Tamat Lamon / SC2TL / Pipit

Saudara Hj Tamat Lamon / SC2TL / Pipit, menjemput rakan-rakan SCS dan Selangor4x4 ke Majlis Walimatulurus beliau pada hari Selasa 13hb Mei 2014, Jam 12pm - 4pm di Rumah Kelab Bandar Bukit Mahkota Bangi. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan majlis beliau.

Lokasi Walimah;
2.87433, 101.80724
2°52'27.6"N 101°48'26.1"E

Monday, March 10, 2014

Salam takziah

Salam. Ibu saudara isteri saya meninggal dunia pagi ini. Menjemput bersama solat jenazah dan berdoa di masjid al falah Al Falah - Al Falah

http://goo.gl/maps/QdxKh
Jam 10 pagi
Al falah jln usj 9/5 i

Sc2ah 9w2hde

Thursday, February 27, 2014

Jemputan Majlis Tahlil

SC3YQ menjemput rakan-rakan SCS ke Majlis Tahlil Arwah di Taman Impian Ehsan Balakong, pada 1hb Mac 2014 selepas solat Maghrib. Semoga kehadiran dan doa rakan-rakan akan lebih memberi rahmat kepada arwah dan keluarga beliau. Amin.

Saturday, February 15, 2014

SCS Mega Eyeball 2014


SCS Mega Eyeball 2014
Tarikh : Jumaat 7/3/2014
Masa : 4pm - 12am
Lokasi : Residensi Bistaria Ukay Bistari 68000 Hulu Klang Selangor

Semua Warga SCS dijemput hadir untuk mengeratkan lagi silaturrahim.

Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang setia sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 lebih memperolehi kejayaan dari tahun sebelumnya - Dari Pihak Pengurusan SCS


Wednesday, December 11, 2013

Misi bantuan banjir

Misi bantuan banjir Bersama NSTP dan SAC akan diadakan pada hari Sabtu 14hb Disember 2013. Tempat berkumpul di NSTP Bangsar pada jam 7.30am. Pakaian T-shrt rasmi SAC. Kepada rakan-rakan yang berminat sila hubungi Pak Punai SC3SY di talian +6012.279.2390. Semoga sumbangan dari rakan-rakan dapat meringankan beban mangsa banjir.

Tuesday, November 12, 2013

Eyeball in Pangkor Island

Eyeball di Pulau Pangkor

Tarikh: 30 Nov 2013 Sabtu dn 1 Dis 2013 Ahad
Bayaran seorang: RM80.00

Bayaran merangkumi:
- tambang feri 2 hala
- minum petang
- penginapan 1 malam
- makan malam, BBQ
- pertandingan memancing malam hingga pagi
- sukaneka untuk anak-anak
- sarapan pagi Ahad 1hb Disember 2013
- makan tengahari tertakluk kepada keadaan
- sehelai Kemeja T bagi setiap bayaran
- kanak-kanak bawah 12 tahun percuma

Kerjasama untuk mengumpul peserta dan bayaran untuk di masukkan ke akaun rakan Manjung, serta bilangan peserta saiz baju Kemeja T utk tempahan, tarikh akhir bayaran 17hb November 2013.

Maklumat program ini akan dikemaskini lagi. Harap bersabar.

Jemputan Walimatulurus

Message dari 9W2TGA;
Assalamualaikum JEMPUTAN WALIMATUL URUS. Saya 9W2TGA Roslee & Nor Ani dgn segala hormatnya menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik bersama seisi keluarga,
kemajlis perkahwinan Puteri kami Nurul Hidayah bt Roslee dgn pasangannya Mohd Nazaruddin bin Baharudin,
pada Sabtu 23hb November 2013 / 19 Muharam 1434H bertempat di No 113 Fasa 1D2 SM1D/3 Bandar Baru, 32040 SERI MANJUNG, Perak Darul Ridzuan.

Semoga kehadiran semua rakan-rakan SCS akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Monday, August 19, 2013

Jemputan dari SC3HA @ Merbuk @ Tn Hj Azhar


SC3HA @ Merbuk @ Tn Hj Azhar menjemput semua keluarga warga SCS & SAC ke Majlis Walimatulurus anakanda beliau pada hari Sabtu 24hb Ogos 2013. Beralamat Lot 7460 Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor.

Semoga kehadiran Tuan dan Puan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Tuesday, August 6, 2013

Salam Ramadhan & Aidilfitri 1434 Hijrah

Kepada semua warga SCS dari pihak pengurusan;
Salam Ramadhan & Aidilfitri 1434 Hijrah
Maaf Zahir & Batin
Dengan ingatan tulus ikhlas


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. ( Riwayat Imam Abu Daud )