Sunday, July 29, 2012

Rakan-rakan SCS Di sekitar Hamfest 2012

Check Net Minggu ke-31

Check Net Minggu ke-31
Tarikh : 29/7/2012
Net Controller : SC3-IBM
Handle : Pak Ibrahim
QTH : Portable di Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Total Callsign Check-in : 21

Check Net Minggu ke-30

Check Net Minggu ke-30
Tarikh : 22/7/2012
Net Controller : SC3-POR
Handle : Pak Ngah
QTH : Jeram Besu, Raub, Pahang, Malaysia
Total Callsign Check-in : 31

Friday, July 20, 2012

Check Net Minggu ke-29

Check Net Minggu ke-29
Tarikh : 16/7/2012
Net Controller : SC3-DZZ
Handle : Saudara Faizul
QTH : Jln Kebun, Klang, Selangor
Total Callsign Check-in : 41

Info 1
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam dari Pihak Pengurusan
SCS Communication and Event.
http://scscomm.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-1433-hijrah.html

Info 2
SC3-PH telah selamat tiba ke Malaysia selepas mengerjakan Umrah.

Info 3
Pihak Pengurusan SCS menngucapkan terima kasih dan tahniah kepada
peserta konvoi Kuala ke Kuala pada 15/7/2012.
http://scscomm.blogspot.com/2012/07/konvoi-dari-kuala-ke-kuala-1572012.html

Info 4
Saudara Shah SC3-SH telah bertambah pulih, beliau di tempatkan di Wad
9C Tingkat 9 Katil 12.

Info 5
Pihak Pengurusan SCS bakal mengadakan Check Net Sahur jika mendapat
sambutan dari petugas pengawal net dan rakan-rakan check in.

Info 6
Check Net 2 meter Ceria Bersama SCS akan diadakan setiap hari Ahad
10.30am sepanjang bulan Ramadhan.

Thursday, July 19, 2012

Jemputan dari SAC : Program Bubur Lambuk Ramadhan 1433 Hijrah.


Kelab Kembara 4x4 Selangor dengan kerjasama NSTP, Giant dan Adabi akan mengadakan Program Bubur Lambuk. Program ini akan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal;

Tarikh : 22hb Julai 2012 (Ahad)
Masa : 9.00AM
Lokasi : Balai Berita NSTP Bangsar
Pakaian : Pakaian Rasmi atau T-shirt SAC
Kehadiran : Wajib untuk ahli Kelab Kembara 4x4 Selangor

Rakan-rakan SCS dijemput untuk hadir bersama.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pak Punai SC3SY +6012.279.2390 atau Pak Enggang SC3CM +6019.279.8773. Semoga kehadiran Tuan & Puan akan memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi silaturrahim.

http://www.selangor4x4.com/2012/07/program-bubur-lambuk-ramadhan-1433.html
Facebook Event : http://www.facebook.com/events/337409029677883/

Monday, July 16, 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah


Salam Ramadhan buat semua ummat Islam yang akan menyambut. Didoakan kita dapat mengimarahkan Ramadhan serta meningkatkan ketaqwaan disisi Allah SWT.

Ramadhan harus dijadikan bulan Tarbiyyah jiwa dan rohani. Semoga perjuangan kebenaran dan keadilan dapat dikukuhkan dalam bulan Ramadhan dengan hati yang tulus ikhlas dan suci. Bulan Ramadhan juga adalah bulan ilmu. Maka sebaran maklumat kebenaran juga harus dilipat gandakan usaha mudah-mudahan ada ganjaran besar serta keberkatan kita pohon daripadaNYA melalui gerak kerja perjuangan yang telah dilaksanakan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam dari Pihak Pengurusan SCS Communication and Event.

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Al-Baqarah:185)

Sunday, July 15, 2012

Konvoi dari Kuala ke Kuala 15/7/2012

Pihak Pengurusan SCS mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah menjayakan Konvoi dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah.

Check Net Minggu ke-28

Check Net Minggu ke-28
Tarikh : 8/7/2012
Net Controller : SC3-FAA
Handle :
QTH : Teluk Gong, Klang, Selangor
Total Callsign Check-in : 34

Info 1
Salam Takziah kepada saudara Mat SC2-DA / 9W2SDA / Walet, diatas pemergian bonda tercinta ke Rahmatullah. Semoga rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Info 2
Ayah kepada Saudara Anuar SC3-ANN masih berada di wad ICU Hospital Kuala Lumpur. Kemasukan ke wad ICU adalah berkenaan penyakit 3 serangkai. Semoga cepat sembuh dan diberikan kesabaran. Amin.

Info 3
SC3-SH telah mula sedar dan masih di rawat di Hospital Selayang

Info 4
Terima kasih kepada Urusetia dan semua rakan yang terlibat dalam Eyeball Zon Balakong sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Antara AJK; SC3-ZMY, SC3-SHA, SC3-DYB, SC3-ANN, SC3-CW, SC3-SFS, SC3-ZBA, SC2-JQ.

Info 5
Salam dikirim kepada rakan-rakan SCS dari SC3-TPW dan SC3-TPW1 dari Tangkak Johor.

Wednesday, July 11, 2012

Info Kebajikan

Salam, dimaklumkan bahawa anak sedara wak jery (sc2jy) yg koma kat hospital klang, telah kembali kerahmatullah kira2 sejam yg lalu. Mohon dipanjangkan kpd rakan2 scs, semoga dpt meringankan dan menceriakan rakan kt didaratan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah... amin. Fm Mej Azhar (sc3aza).......panjang2 kan .......sc5km

Saturday, July 7, 2012

Info Kebajikan

Salam Takziah kepada saudara Mat SC2-DA / 9W2SDA / Walet, diatas pemergian bonda tercinta ke Rahmatullah. Semoga rohnya bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Ayah kepada Saudara Anuar SC3-ANN masih berada di wad ICU Hospital Kuala Lumpur. Kemasukan ke wad ICU adalah berkenaan penyakit 3 serangkai. Semoga cepat sembuh dan diberikan kesabaran. Amin.

Thursday, July 5, 2012

Konvoi Amal 2012

Adalah dimaklumkan Konvoi Amal 2012 akan tunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Di atas penangguhan ini rakan-rakan boleh mengambil kesempatan untuk persediaan yang lebih rapi untuk program Konvoi Amal 2012. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Wednesday, July 4, 2012

Check Net Minggu ke-27

Check Net Minggu ke-27
Tarikh : 1/7/2012
Net Controller : SC2-JQ
Handle : Encik Razif (Pak Razif)
QTH : Balakong, Selangor
Total Callsign Check-in : 44

Info 1
28 callsign scs telah menduduki RAE 1/2012 pd 27 Jun lalu d Putrajaya

Info 2
SC9 ZAM Zam kemalangan jalanraya di Bandar Lanchang, keadaan stabil dan muka bengkak

Info 3
Konvoi Kuala ke Kuala. Kuala Lumpur ke Kuala Pilah jemputan Walimatulurus dari SC3-ZAN adinda beliau di Ladang RISDA Inas Kepis Kuala Pilah pada 15 Julai 2012 pengesahan penyertaan hubungi sc3ADI atau sc2JQ


Info 4
Sc3PH ke Mekah mengerjakan ibadah umrah pd 3 Julai 2012

Tuesday, July 3, 2012

Info Kebajikan

Untuk Makluman rakan2 SC3-SH telah dimasukan ke Hospital Selayang wad ICU akibat dari deman Denggi kritikal pada petang tadi.

sumber : http://www.facebook.com/groups/scscomm/permalink/10151894737460370/