Ramadhan harus dijadikan bulan Tarbiyyah jiwa dan rohani. Semoga perjuangan kebenaran dan keadilan dapat dikukuhkan dalam bulan Ramadhan dengan hati yang tulus ikhlas dan suci. Bulan Ramadhan juga adalah bulan ilmu. Maka sebaran maklumat kebenaran juga harus dilipat gandakan usaha mudah-mudahan ada ganjaran besar serta keberkatan kita pohon daripadaNYA melalui gerak kerja perjuangan yang telah dilaksanakan.
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam dari Pihak Pengurusan SCS Communication and Event.
"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Al-Baqarah:185)