Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Misi bantuan banjir

Misi bantuan banjir Bersama NSTP dan SAC akan diadakan pada hari Sabtu 14hb Disember 2013. Tempat berkumpul di NSTP Bangsar pada jam 7.30am. Pakaian T-shrt rasmi SAC. Kepada rakan-rakan yang berminat sila hubungi Pak Punai SC3SY di talian +6012.279.2390. Semoga sumbangan dari rakan-rakan dapat meringankan beban mangsa banjir.

Friday, June 7, 2013

Kelas Persediaan RAE 3-2013



Kelas Persediaan RAE 3-2013, 
Tarikh: 23 Jun 2013 Ahad, 
Lokasi: Dewan Mesyuarat Masjid Bdr Kinrara, Puchong
Masa pendaftaran: 8.30 pagi - 5.30 ptg
Yuran: RM50 - bahan rujukan RAE, makan dn minum
Tenaga Pengajar: 9M2PRO
Urusetia;
SC2JQ +6016.604.5689, SC3ZBA +6018.283.1314, SC3HY +6019.335.2595, SC3HT +6012.321.3365

Friday, May 10, 2013

One Day Drive Negeri Sembilan



SAC & SCS akan mengadakan program One Day Drive Negeri Sembilan. Konvoi akan melawat lokasi menarik di sekitar Negeri Sembilan. Di samping dapat menambahkan ilmu konvoi, program ini  juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Antara daerah yg bakal di lawat; Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin.

Tarikh           : 18/5/2013 Sabtu
Masa             : Konvoi mula bergerak 9:00AM
Lokasi berkumpul : Petronas Lebuhraya Grand Saga
Kordinat         : N3.025519, E101.771695 (http://goo.gl/maps/3ZSBJ)

Semua rakan-rakan SAC & SCS dijemput hadir. Yuran penyertaan termasuk; sarapan, makan tengahari, Tol. Jumlah Yuran penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Untuk pengesahan penyertaan sila hubungi En Saiful (SC3SY/Punai) +6012.279.2390


Info : http://en.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan


Saturday, October 13, 2012

Konvoi Amal SAC 2012


KL-Grik-Baling Kedah-Pengkalan Hulu-Betong Yala Thailand

Tarikh : 7hb-9hb Disember 2012
Lokasi yang dilawati : rumah anak-anak yatim, surau & masjid Betong Yala.
Peserta : Terbuka untuk semua rakan-rakan SAC dan SCS
Keperluan wajib : Pacuan 4 Roda dan MPV diutamakan, Passport (6 bulan keatas sebelum tamat tempoh)

Borang akan disediakan, bayaran RM800 utk sebuah kenderaan, setiap borang yang dkeluarkan perlu membayar wang pendahuluan RM400, kemeja-T 8 helai untuk setiap penyertaan, bayaran tol sepanjang perjalanan pergi dan balik, sarapan pagi sebelum pelepasan konvoi, termasuk urusan di sempadan dan lain-lain.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi;
Rajawali SC5KM +60133998807
Kedidi SC3ADI +60193264525
Terkukur SC3RA +60193319930
Flamingo SC2JQ +60166045689



Sunday, October 7, 2012

Sekitar Program Konvoi Santai Bagan Lalang

7hb Oktober 2012 Ahad, bermula sekitar jam 8:00am peserta dari SCS dan SAC telah mula berkumpul di Petronas Lebuhraya Grand Saga arah Kajang untuk memulakan Program Konvoi Santai Bagan Lalang. Konvoi telah mula bergerak pada jam 9:00am dan selamat tiba di Pantai Bagan Lalang sekitar jam 11:00am. Disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta, program ini menyediakan kursus percuma untuk mereka yang mempelajari ilmu konvoi marshall.

Terima kasih kepada semua peserta dan tidak lupa juga kepada semua Marshall yang bekerja keras terlibat dalam program ini.




Untuk koleksi gambar dari rakan-rakan : http://www.facebook.com/groups/scscomm/

Wednesday, October 3, 2012

Program Konvoi Santai Bagan Lalang


Semua rakan-rakan SAC dan SCS di jemput ke program ini, di samping belajar teknik marshall secara percuma ia juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Maklumat program;

Tarikh : 7hb Oktober 2012 (Ahad)
Lokasi berkumpul : Petronas Lebuhraya Grand Saga arah Kajang http://goo.gl/maps/aX2Bu
Kordinat Lokasi berkumpul : 3.02574, 101.77175
Konvoi berlepas : 8:45am
Pakaian : Kemas
Makanan : secara pot-luck

Perserta kursus marshall sila pastikan mempunyai dan membawa kelengkapan Sarung Tangan dan Vest Kuning.

sila hubungi SC2JQ/Flamingo di talian +6016.604.5689 untuk pengesahan penyertaan.

FB Event : http://www.facebook.com/events/108044872685051/


Wednesday, September 26, 2012

Program Konvoi Santai ke Bagan Lalang


SCS dan SAC akan mengadakan Program Konvoi Santai ke Bagan Lalang serta latihan amali percuma marshall, bertarikh 7hb Oktober 2012 Ahad, makan secara pot luck, sila hubungi SC2JQ/Flamingo untuk pengesahan penyertaan. Maklumat lanjut program ini akan diumum dari semasa ke semasa.

FB Event : http://www.facebook.com/events/108044872685051/




Tuesday, September 18, 2012

Konvoi Aidil Fitri Zon Timur 2012

Program ini telah di adakan pada 15hb Sept 2012 Sabtu. Zon atau kawasan yang terlibat adalah KL - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - KL. Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh rakan-rakan sehingga menjadi tajuk QSO di jalur SCS 143.850Mhz untuk beberapa hari ini. Rakan-rakan juga berharap program seperti ini dapatlah dianjurkan setiap tahun untuk mengeratkan lagi silaturrahim di daratan dan di udara.

Pihak pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di Zon Timur dan juga kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam program ini.




Untuk koleksi gambar dan video sila ke SCS FB Group

Monday, August 6, 2012

Jemputan Konvoi Aidil Fitri Zon Timur 2012

Program ini akan di adakan pada 15hb Sept 2012 Sabtu. Zon atau kawasan yang terlibat adalah KL - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - KL.

Dijemput semua rakan-rakan SCS untuk memeriahkan program Konvoi Aidil Fitri ini. Sila hubungi Saudara Saiful SC3-SY +6012.279.2390 untuk keterangan  lanjut dan pengesahan penyertaan.

Semoga kehadiran dan penyertaan Tuan dan Puan akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakan-rakan SCS.

FB event : http://www.facebook.com/events/365016843569879/

Friday, August 3, 2012

Program Meraikan Saudara Baru (Mualaf)

Dimaklumkan Kelab Kembara 4x4 Selangor (SAC) anjuran bersama Kumpulan Media KarangKraf akan mengadakan program meraikan saudara baru (mualaf) berbangsa orang asal yang berada di perkampungan orang asal Sungai Siput Perak. Tarikh penghataran sumbangan adalah pada 11hb Ogos 2012. SAC berperanan sebagai pengangkutan dalam program ini.

Kepada semua yang ingin memberi sumbangan, sedekah dan membayar zakat boleh berbuat demikian sebelum 9hb Ogos 2012. Semua wang tunai boleh di deposit ke akaun Maybank Kelab Kembara 4x4 Selangor nombor akaun 5-64016-122809. Untuk maklumat lanjut dan makluman kemasukan wang tunai sila berhubung terus dengan Pak Enggang (Azmi,SC3CM) +6019.279.8773 atau Pak Terkukur (Razi,SC3RA) +6019.331.9930.

Sabda Nabi s.a.w: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).22)

Facebook event : http://goo.gl/SQKJT

http://www.selangor4x4.com/

Thursday, June 14, 2012

KONVOI AMAL 2012


KONVOI AMAL 2012 - KL - Grik - Baling - Pengkalan Hulu - Betong Yala
Anjuran bersama NSTP, Kelab Kembara 4X4 Selangor dan SCS Communication and Event.

Tarikh : 6hb hingga 8hb Julai 2012
Lokasi yang dilawati : rumah anak-anak yatim, surau & masjid Betong Yala.
Peserta : Terbuka untuk semua rakan-rakan Kelab Kembara 4X4 Selangor dan SCS Communication and Event.
Keperluan wajib : Pacuan 4 Roda, Passport (6 bulan keatas sebelum tamat tempoh)

Rakan-rakan yang berminat untuk mengikuti program Konvoi Amal 2012 sila hubungi Setiausaha Kelab Kembara 4X4 Selangor Encik Kamarul di talian +6013.333.8807. Pengesahan penyertaan sebelum 22hb Jun 2012.