Thursday, January 19, 2012

Boat On The Road 2012



10 buah kenderaan dari Kelab Kembara 4x4 Selangor dan SCS telah telah berjaya mengawal konvoi Boat On The Road (BOTR) 2012.

Tahniah kepada Marshall Kelab Kembara 4x4 Selangor dan SCS yang bersama menjayakan konvoi  BOTR 2012.








Majlis pelepasan ekspedisi BOTR meriah

2012/04/20

PETALING JAYA: Peserta ekspedisi memancing sambil santai ‘Boat On The Road’ (BOTR) 2012 anjuran Berita Harian berlepas dari Sri Pentas, Bandar Utama ke Tasik Kenyir pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 180 kenderaan pacuan empat roda (4x4).



Majlis pelepasan yang membabitkan lebih 200 peserta itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib pada jam 8 pagi tadi sebelum menuju ke Tasik Kenyir.

BOTR 2012 mendapat kerjasama TV3 dan kerajaan negeri Terengganu.

Konvoi itu akan berhenti dua kali iaitu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh dan terakhir di Bandar Al-Muktafibillah Shah (Bukit Besi) untuk jamuan makan tengahari dan solat Jumaat sebelum menuju ke Pengkalan Gawi, di tasik berkenaan.

Datuk Tengku Putera Tengku Awang, berkata BOTR yang memasuki penganjuran kali ketiga itu lebih popular dan mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan 186 kenderaan pacuan empat roda bersama pelampung berbanding 171 penyertaan pada tahun sebelumnya.

“Istimewanya edisi kali ini, apabila konvoi tiba di Kenyir pada hari pertama, peserta bersama pihak penganjur akan menyertai kenduri rakyat pada sebelah malamnya yang diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara penduduk tempatan,” katanya.

Katanya, BOTR juga berjaya menjadi ikon pelancongan negeri Terengganu dan memberi impak luar biasa kepada peningkatan jumlah pelancong dalam sektor pelancongan negeri sejak ia diadakan.

“Difahamkan, kerajaan negeri bersama Berita Harian dan TV3 juga akan mengadakan satu program yang diberi nama “Royale Treasure Hunt” yang akan dilaksanakan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2013,” katanya.

Tengku Putera berkata, program itu bertujuan membawa pelancong khususnya peserta menikmati dan menghayati keindahan yang ada di Terengganu dengan lebih dekat.

Katanya, selain mempromosikan Tasik Kenyir, program itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk memajukan industri memancing dan pelancongan selain membuka peluang pendapatan kepada penduduk tempatan terutamanya yang terbabit dengan aktiviti perusahaan dan perniagaan di Tasik Kenyir.

Hadir sama pada majlis pelepasan itu, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid dan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Mahfar Ali.

Sementara itu, peserta orang kurang upaya (OKU), Baharudin Omar, 43, berkata walaupun berbeza dari segi fizikal dengan peserta lain tetapi semangat dan minat beliau dalam aktiviti lasak serta memancing tidak menghalang beliau untuk turut serta dalam ekspedisi ini.

“Ini penyertaan kali ketiga saya dan diharapkan pihak penganjur terus mengadakan aktiviti seperti ini kerana ia memberi peluang kepada pemancing tegar seperti kami untuk menjelajah dan memancing dalam suasana penuh cabaran,” katanya.

Penganjuran edisi ketiga ini menyaksikan ganjaran hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM75,300 dengan pemenang hadiah utama bagi kategori Casting (kumpulan) berjumlah RM15,000, diikuti tempat kedua sebanyak RM10,000, RM5,000 (ketiga), RM2,000 (keempat) dan RM500 (ke-5 hingga ke-7) dan RM300 (ke-8 hingga ke-10). Semua pemenang turut mendapat hadiah iringan penaja.

Bagi kategori Boat House(individu) pula menawarkan hadiah utama berjumlah RM8,000, diikuti tempat kedua RM5,000, RM3,000 (ketiga), RM1,000 (keempat), RM500(ke-5 hingga ke-7) dan RM300(ke-8 hingga ke-10).

Penganjur menerusi kerajaan negeri Terengganu turut menwarkan wang tunai berjumlah RM20,000 kepada peserta yang berjaya menaikkan ikan Arapaima Gigas.

Dipetik dari Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajlispelepasanekspedisiBOTRmeriah/Article/

Selamat Datang ke http://scscomm.blogspot.com/

Di wujudkan untuk memudahkan kepada rakan-rakan menerima maklumat dari medium internet. Sila war-warkan kepada rakan-rakan SCS di atas kewujudan blog ini.

Terima kasih.

SC2AH
AJK Multimedia