Tuesday, August 28, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 34

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 34
Tarikh : 26/8/2012 (9 Syawal 1433)
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong Selangor
Jumlah Callsign Check-in : 41

Info 1
Mendoakan SC3TAJ Saudara Tajuddin yang sedang berehat sakit akibat serangan jantung setelah diserang 'stroke' sebelum ini agar mendapat rawatan dan sembuh seperti sediakala

Info 2
Mendoakan agar saudara perempuan SC3FAA yg tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak 3 tahun lalu agar dapat pulang dengan selamat, kerana ahli keluarga amat merindui tanpa khabar berita

Info 3
Mendoakan agar bonda SC3JAI Abg Jai selamat menjalani pembedahan mata di Hospital Serdang pada 29 Ogos 2012

Info 4
Konvoi aidil fitri 15 sept 2012 tarikh akhir penyertaan adalah pada 2 September 2012, sebarang perubahan akan dimaklumkan. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama, setakat ini hampir 40 callsign telah membuat pengesahan penyertaan http://goo.gl/hR3PB
FB Event : http://goo.gl/BXl98

Info 5
Tahniah kepada 2 rakan sc3YUS dn sc3POY masing-masing menerima callsign amatur 9w2OIZ dan 9w2GBV

Saturday, August 25, 2012

Check Net Minggu ke-33 (Malam Aidil Fitri)

Check Net Minggu ke-33
Tarikh : 18/8/2012 (Malam Aidil Fitri)
Net Controller : SC3-HT dan SC9POR
Handle : Saudara Hashimi dan Pak Ngah
QTH : Jenjarum, Banting & Raub Pahang
Total Callsign Check-in : 47

Info 1
Pengesahan penyertaan konvoi Aidil Fitri ke Zon Timur pada 15hb September 2012.

Wednesday, August 15, 2012

Info Kebajikan

"Assalamualaikum. Makluman rakan-rakan. Nenek saya iaitu Aisyah@Arbaayah bt Abdullah  telah kembali kerahmatullah pada 15 Ogos 2012 jam 1.40 petang di Kuala Kangsar, Perak pada usia 76 tahun dan akan di kebumikan pada hari ni." Message dari Ollie aka 9W2VLY aka SC5OLI.
Semoga rohnya bersama orang-orang beriman. Amin.

Tuesday, August 14, 2012

Info Kebajikan

Mohon jasa baik dari rakan-rakan mendoakan kesejahteraan tokwan saya yang baru meninggalkan kami 5.00am 15/8/12 Terima kasih atas doa rakan-rakan untuk beliau."Message dari SC3ZMY/ 9W2WQP" Alfatihah.

Sunday, August 12, 2012

Check Net Minggu ke-32

Check Net Minggu ke-32
Tarikh : 12/8/2012
Net Controller : SC3-HT
Handle : Saudara Hashimi
QTH : Jenjarum, Banting
Total Callsign Check-in : 37

Info 1
ucapan dari SCP-GE Pak Zack selaku Penasihat SCS: Salam Ramadhan dan Salam Aidil fitri kepada seluruh warga SCS, agar selamat dalam pemanduan untuk berhari raya.

Info 2
Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Bubur Lambuk Amal Media brsama NSTP Berita Harian, ADABI dan GIANT  sepanjang bulan Ramadhan dan menjemput semua untuk program sama pada 13hb Ogos 2012 di Sri Pentas TV3 http://goo.gl/8NizE

Info 3
Konvoi Aidil Fitri Zon timur pada 15hb September 2012 KL - Bentong-Raub -Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - KL http://goo.gl/hR3PB
FB Event : http://goo.gl/BXl98

Info 4
Selamat datang ke scs rakan baru SC3YBN Najib, SC3HAL Halimi, SC3AZU Azaruddin dan SC5MFZ Fairuz

Saturday, August 11, 2012

Salam Aidil Fitri 1433H, Maaf Zahir Dan Batin


Dari Pihak Pengurusan untuk Semua Rakan-Rakan SCS Yang Beragama Islam dan Juga Untuk Semua Umat Islam


Salam Aidil Fitri 1433H, Maaf Zahir Dan Batin


Daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).”

Monday, August 6, 2012

Jemputan Konvoi Aidil Fitri Zon Timur 2012

Program ini akan di adakan pada 15hb Sept 2012 Sabtu. Zon atau kawasan yang terlibat adalah KL - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - KL.

Dijemput semua rakan-rakan SCS untuk memeriahkan program Konvoi Aidil Fitri ini. Sila hubungi Saudara Saiful SC3-SY +6012.279.2390 untuk keterangan  lanjut dan pengesahan penyertaan.

Semoga kehadiran dan penyertaan Tuan dan Puan akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama rakan-rakan SCS.

FB event : http://www.facebook.com/events/365016843569879/

Check Net Minggu ke-31


Check Net Minggu ke-31
Tarikh : 5/8/2012
Net Controller : SC3-OB1
Handle : Pak Mak Lang Basariah
QTH : Kuala Lumpur
Total Callsign Check-in : 37

Info 1
Salam Nuzul Al-Quran untuk semua rakan-rakan SCS yang beragama Islam.

Info 2
Konvoi Aidil Fitri Zon Timur 2012. Akan diadakan pada 15hb Sept 2012 Sabtu. Zon atau kawasan yang terlibat adalah KL - Bentong - Raub - Kuala Lipis - Jerantut - Temerloh - KL. Dijemput semua rakan-rakan SCS untuk memeriahkan program ini. Sila hubungi Saudara Saiful SC3-SY untuk keterangan  lanjut dan pengesahan penyertaan.

Friday, August 3, 2012

Program Meraikan Saudara Baru (Mualaf)

Dimaklumkan Kelab Kembara 4x4 Selangor (SAC) anjuran bersama Kumpulan Media KarangKraf akan mengadakan program meraikan saudara baru (mualaf) berbangsa orang asal yang berada di perkampungan orang asal Sungai Siput Perak. Tarikh penghataran sumbangan adalah pada 11hb Ogos 2012. SAC berperanan sebagai pengangkutan dalam program ini.

Kepada semua yang ingin memberi sumbangan, sedekah dan membayar zakat boleh berbuat demikian sebelum 9hb Ogos 2012. Semua wang tunai boleh di deposit ke akaun Maybank Kelab Kembara 4x4 Selangor nombor akaun 5-64016-122809. Untuk maklumat lanjut dan makluman kemasukan wang tunai sila berhubung terus dengan Pak Enggang (Azmi,SC3CM) +6019.279.8773 atau Pak Terkukur (Razi,SC3RA) +6019.331.9930.

Sabda Nabi s.a.w: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).22)

Facebook event : http://goo.gl/SQKJT

http://www.selangor4x4.com/