Tuesday, December 31, 2013
Selamat Tahun Baru 2014
Tuesday, August 6, 2013
Salam Ramadhan & Aidilfitri 1434 Hijrah
Tuesday, February 12, 2013
Selamat Menyambut Tahun Baru China 2013
Friday, January 11, 2013
Info kebajikan
Info 1
Info terkini daripada SC3ZC Zulfazli, ayahanda beliau berada dalam keadaan sehat setelah berjaya menjalani pembedahan jantung menggunakan injap haiwan yang pertama di Malaysia yg di jalankan di Hospital Kuantan, malam ni temuramah dengan Menteri Kesihatan Malaysia di berita jam 8:00 malam TV1.
Info 2
Ucapan takziah kepada SC9ATA Saudara Shafie, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di Hospital Muar, bersama mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Tuesday, January 1, 2013
Ucapan Tahun Baru 2013
Wednesday, December 26, 2012
Info kebajikan
Ucapan takziah kepada Saudara Hussin @ SC3HBI Pok Pi, bonda tersayang telah meninggal dunia di Hospital Dungun sebentar tadi, bersama kita mendoakan semoga roh bonda beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Friday, November 23, 2012
Info Kebajikan
Ucapan tahniah kepada kedua dua rakan SC3CAD Affendy dan SC3KHL Khairul, isteri mereka telah selamat melahirkan cahaya mata pada hari ini, mendoakan semoga kedua-dua isteri mereka serta anak kelahiran baru dikurniakan kesihatan yang terbaik, syukur alhamdulillah, ameeen.
http://scscomm.blogspot.com
Wednesday, November 21, 2012
Info Kebajikan
Salam Takziah, kepada SC3SO Shawn, XYL beliau telah kembali ke rahmatullah di Hospital Kuala Lumpur pada jam 4 pagi ini, jenazah akan di bawa ke Alor Setar Kedah pagi ini. Semoga rohnya berada di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Saturday, November 17, 2012
Info Kebajikan
Salam takziah kepada SC3BTK Abang Zulkifli (Botak) di atas kembali ke rahmatullah kekandanya di Melaka pada 17hb November 2012 Sabtu dan jenazah telah di kebumikan di Sabak Bernam, semoga roh arwah di tempatkan bersama orang-orang beriman, Amin.
Thursday, November 15, 2012
Penjualan Tanah Wakaf dan Sumbangan
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Nurhidayah ditubuhkan pada 7hb Mac 2011.
Pertubuhan ini beroperasi di sebuah premis persendirian di Kampung Sadik, Kupang Kedah dan
menempatkan seramai 20 oarang anak yatim dan miskin meliputi daerah Baling dan kawasan
sekitarnya. Keadaan rumah yang sempit dan uzur, menyebabkan rumah ini tidak sesuai untuk dihuni.
2. Dengan ini pihak pengurusan bercadang untuk membeli sebidang tanah hak milik 1128,
bernombor lot 8641 berkeluasan 25,011 kaki persegi di Kampung Sadik, 09200 Mukim Kupang,
Baling Kedah untuk membangunakan sebuah rumah anak yatim yang baru dan dianggarkan kos
perbelanjaan sebanyak RM800,000. Rumah anak yatim dan miskin ini bakal mempunyai kemudahan-
kemudahan seperti berikut:
Bilik asrama untuk anak-anak yatim dan miskin
Dewan makan/ Dewan serbaguna
Ruang solat berjemaah
Pejabat pentadbiran
3. Bangunan ini di peringkat perancangan akan dijangka siap pada tahun 2015. Untuk merealisasikan
pembinaan rumah anak yatim ini, pihak pertubuhan mengharapkan agar para dermawan dapat
sama-sama membantu menyumbang melalui
1. Saham wakaf lantai bernilai RM 30 sekaki persegi
2. Sumbangan ikhlas berbentuk wang tunai, bahan binaan, pemberian zakat dan lain-
lain yang bersesuaian dengan syariat.
4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat menghulurkan sumbangan untuk projek
ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan/puan.
Sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi Puan Khazimah (0134330717), Haji Bakre
(0194635079), Hajjah Jamilah (0194350804), Firdaus (0195699424).
“Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah
seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi
sesiapa yang dikehendaki-nya dan Allah maha luas (rahmat) kurnia-nya lagi maha mengetahui”
Surah al-baqarah: ayat 261
Wednesday, September 26, 2012
Info Kebajikan
Alfatihah dan Salam Takziah kepada SC8SR Pak Sheikh Raffie 9W2TVR di atas pemergian ke rahmatullah ayahanda tersayang awal pagi ini di Hospital Selayang. Semoga roh ayahanda beliau di tempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Saturday, September 22, 2012
Info Kebajikan
Anak kepada SC3LL Saudara Seli dimasukkan ke wad hospital PPUM Petaling Jaya, Menara Timur wad kanak-kanak Tingkat 8 Bilik 5 kerana jangkitan paru-baru, sama-sama kita doakan semoga cepat sembuh. Amin.
Tuesday, September 18, 2012
Berita Kebajikan
Di infokan oleh SC2JQ. Nenek kepada. SC3MHJ meninggal dunia sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 019 3342471
Wednesday, August 15, 2012
Info Kebajikan
"Assalamualaikum. Makluman rakan-rakan. Nenek saya iaitu Aisyah@Arbaayah bt Abdullah telah kembali kerahmatullah pada 15 Ogos 2012 jam 1.40 petang di Kuala Kangsar, Perak pada usia 76 tahun dan akan di kebumikan pada hari ni." Message dari Ollie aka 9W2VLY aka SC5OLI.
Semoga rohnya bersama orang-orang beriman. Amin.
Tuesday, August 14, 2012
Info Kebajikan
Mohon jasa baik dari rakan-rakan mendoakan kesejahteraan tokwan saya yang baru meninggalkan kami 5.00am 15/8/12 Terima kasih atas doa rakan-rakan untuk beliau."Message dari SC3ZMY/ 9W2WQP" Alfatihah.
Saturday, August 11, 2012
Salam Aidil Fitri 1433H, Maaf Zahir Dan Batin
Friday, July 20, 2012
Check Net Minggu ke-29
Tarikh : 16/7/2012
Net Controller : SC3-DZZ
Handle : Saudara Faizul
QTH : Jln Kebun, Klang, Selangor
Total Callsign Check-in : 41
Info 1
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam dari Pihak Pengurusan
SCS Communication and Event.
http://scscomm.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-1433-hijrah.html
Info 2
SC3-PH telah selamat tiba ke Malaysia selepas mengerjakan Umrah.
Info 3
Pihak Pengurusan SCS menngucapkan terima kasih dan tahniah kepada
peserta konvoi Kuala ke Kuala pada 15/7/2012.
http://scscomm.blogspot.com/2012/07/konvoi-dari-kuala-ke-kuala-1572012.html
Info 4
Saudara Shah SC3-SH telah bertambah pulih, beliau di tempatkan di Wad
9C Tingkat 9 Katil 12.
Info 5
Pihak Pengurusan SCS bakal mengadakan Check Net Sahur jika mendapat
sambutan dari petugas pengawal net dan rakan-rakan check in.
Info 6
Check Net 2 meter Ceria Bersama SCS akan diadakan setiap hari Ahad
10.30am sepanjang bulan Ramadhan.
Thursday, July 19, 2012
Jemputan dari SAC : Program Bubur Lambuk Ramadhan 1433 Hijrah.
Kelab Kembara 4x4 Selangor dengan kerjasama NSTP, Giant dan Adabi akan mengadakan Program Bubur Lambuk. Program ini akan dirasmikan oleh Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal;
Tarikh : 22hb Julai 2012 (Ahad)
Masa : 9.00AM
Lokasi : Balai Berita NSTP Bangsar
Pakaian : Pakaian Rasmi atau T-shirt SAC
Kehadiran : Wajib untuk ahli Kelab Kembara 4x4 Selangor
Rakan-rakan SCS dijemput untuk hadir bersama.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pak Punai SC3SY +6012.279.2390 atau Pak Enggang SC3CM +6019.279.8773. Semoga kehadiran Tuan & Puan akan memeriahkan majlis dan mengeratkan lagi silaturrahim.
http://www.selangor4x4.com/2012/07/program-bubur-lambuk-ramadhan-1433.html
Facebook Event : http://www.facebook.com/events/337409029677883/
Monday, July 16, 2012
Salam Ramadhan 1433 Hijrah
Ramadhan harus dijadikan bulan Tarbiyyah jiwa dan rohani. Semoga perjuangan kebenaran dan keadilan dapat dikukuhkan dalam bulan Ramadhan dengan hati yang tulus ikhlas dan suci. Bulan Ramadhan juga adalah bulan ilmu. Maka sebaran maklumat kebenaran juga harus dilipat gandakan usaha mudah-mudahan ada ganjaran besar serta keberkatan kita pohon daripadaNYA melalui gerak kerja perjuangan yang telah dilaksanakan.
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk semua umat Islam dari Pihak Pengurusan SCS Communication and Event.
"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan Al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (Al-Baqarah:185)
Wednesday, July 11, 2012
Info Kebajikan
Salam, dimaklumkan bahawa anak sedara wak jery (sc2jy) yg koma kat hospital klang, telah kembali kerahmatullah kira2 sejam yg lalu. Mohon dipanjangkan kpd rakan2 scs, semoga dpt meringankan dan menceriakan rakan kt didaratan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah... amin. Fm Mej Azhar (sc3aza).......panjang2 kan .......sc5km






