Monday, December 24, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 51

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 51
Tarikh : 23/12/2012
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in : 52

Info 1
Tahniah kepada SC3MAB Azlan, syukur kepada Allah SWT SC3MAB1 telah selamat melahirkan anak perempuan (anak pertama) pada hari Jumaat 21hb Disember 2012, semoga sihat ibu & anak sejahtera.


Info 2
Sama-sama mendoakan agar kekanda kepada SC2JY dan ipar kepada SC3KAY yang dimasukkan ke Hospital TAR Klang dalam wad yang sama agar mendapat rawatan terbaik dan kembali sihat seperti sediakala.

Info 3
Mendoakan semoga SC3KJ dan SC3RIX1 serta rakan wanita yang lain yang berada di Gunung Kinabalu mendaki ke puncak dikurniakan keselamatan, kesihatan agar dapat mendaki ke puncak Kinabalu dengan selamat, 7 jam di harungi dengan hujan lebat semasa mendaki dan akan terus ke puncak.

Info 4
Selamat datang ke SCS Communication and Event kepada rakan baru: SC3POK SHARBANI, SC3MIY AZLAN, SC3JON ZAHIRI, SC3WGH SAIFUL AZMIL.

Info 5
RAE 2-2012 yang telah berlalu pada 19hb Dis 2012 jam 2.00 petang, telah mencatatkan bilangan paling ramai pemegang callsign di SCS iaitu 45 callsign yang menduduki peperiksaan, semoga semuanya berjaya.


Info 6
Jemputan walimatulurus daripada SC3SAL Fitri, pada hari Sabtu 29hb Disember 2012, bagi meraikan kekandanya yang menjadi raja sehari, di Dewan Gemilang, Kuarters Penjara, Jalan Salleh, Muar Johor.

Info 7
Pembaharuan AA untuk sessi 2013 bersama dengan SCS, sila hubungi pihak pengurusan SC1LE +6019.381.5969, SC2DA +6019.666.5654, SC2JY +6016.681.5181, SC3ADI +6019.326.4525, SC5KM +6016.309.8808, SC3RA +6019.331.9930 dan SC2JQ +6016.604.5689