Wednesday, November 21, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 46

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 46
Tarikh : 18/11/2012
Net Controller : SC9-POR
Handle : Pak Ngah Bakri
QTH : Jeram Besu Raub Pahang
Jumlah Callsign Check-in : 43

Info 1
Konvoi Amal SAC 2012 - Tarikh akhir permohonan 25hb November 2012
KL-Grik-Baling Kedah-Pengkalan Hulu-Betong Yala Thailand
Tarikh : 7hb-9hb Disember 2012
Lokasi yang dilawati : rumah anak-anak yatim, surau & masjid Betong Yala.
Peserta : Terbuka untuk semua rakan-rakan SAC dan SCS
Keperluan wajib : Pacuan 4 Roda dan MPV diutamakan, Passport (6 bulan keatas sebelum tamat tempoh)
Borang akan disediakan, bayaran RM800 utk sebuah kenderaan, setiap borang yang dkeluarkan perlu membayar wang pendahuluan RM400, kemeja-T 8 helai untuk setiap penyertaan, bayaran tol sepanjang perjalanan pergi dan balik, sarapan pagi sebelum pelepasan konvoi, termasuk urusan di sempadan dan lain-lain.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi;
Rajawali SC5KM +60133998807
Kedidi SC3ADI +60193264525
Terkukur SC3RA +60193319930
Flamingo SC2JQ +60166045689


Info 2
Salam takziah kepada SC3BTK Abang Zul, di atas kembalinya ke rahmatullah kekanda beliau di Melaka dan jenazah di bawa pulang ke Sabak Bernam pada Sabtu 17hb November 2012. Bersamalah kita sedekah Al-fatihah dan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin.



 Info 3
Jemputan Walimatulurus adinda kepada SC3POY Saudara Saiful,bernama Nur Syakila dgn Mohd Irwan. Majlis pada hari sabtu 8/12/12 di alamat No 262 Jalan Manggis Felcra Changkat Lada Kg Gajah. SC3POY menjemput semua rakan-rakan SCS. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis.



Info 4
Terima kasih kepada SC2IY Pak Mail dan SC3ZMX Zamri yang telah mengendalikan RAE on the Air ROTA SCS pada 16hb November 2012 jam 9:00 malam, di harap dapat membantu rakan-rakan sebelum menghadapi RaE pada 19hb Disember 2012.

Info 5
Terima kasih kepada semua rakan-rakan SCS (10 kenderaan) yang telah sama-sama turut serta dalam konvoi Kuala Lumpur ke Kuala Rompin pada 18hb November 2012, bagi meraikan majlis walimatulurus adinda SC3SY Saiful.



Info 6
Bermula bulan November 2012, semua warga SCS boleh mula membuat pembaharuan keahlian bagi sesi 2013, dengan menghubungi SC5KM, SC3ADI, SC2JY, SC2JQ, terima kasih atas sokongan dari semua.

Info 7
Anak kepada SC3RIX (Abang Bahari) rakan baru dari Kuala Selangor dimasukkan ke wad di Hospital Sungai Buloh untuk pembedahan TONSIL yang agak kritikal. Pembedahan pada pagi Isnin, 19hb Disember 2012, berita lebih lanjut hubungi beliau 012-337 9401 Abang Bahari, marilah kita berdoa semoga cepat sembuh. Amin.

Info 8
Berharap agar seluruh warga SCS, sama-sama berdoa kepada Allah agar xyl SC3SO Shawn yang sedang berada di Hospital Kuala LUmpur mendapat rawatan terbaik, di atas penyakit yang sedang di alami semoga terus tabah, bersabar atas segala dugaan dalam mengharungi penyakit yg di tanggung agar Allah swt yang lebih mengetahui dapat menyembuhkan penyakit beliau. Amin.