Wednesday, November 14, 2012

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 45


2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke 45
Tarikh : 11/11/2012
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in : 47

Info 1
Ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 kepada seluruh warga SCS daripada pihak pengurusan



Info 2
Selamat datang ke SCS rakan baru: SC3WZQ NOOR AZALIATI, SC3MBN SAIFUL ANUAR, SC3ECA AHMAD FAIZAL, SC3ZKN AHMAD ZAKWAN, SC9WSY WAN MD SYUKRI

Info 3
Jemputan Walimatulurus adinda kepada SC3POY Saudara Saiful,bernama Nur Syakila dgn Mohd Irwan. Majlis pada hari sabtu 8/12/12 di alamat No 262 Jalan Manggis Felcra Changkat Lada Kg Gajah. SC3POY menjemput semua rakan-rakan SCS. Semoga kehadiran rakan-rakan akan memeriahkan lagi majlis.

Info 4
Pembaharuan keahlian SCS 2013, bermula dari sekarang boleh buat bayaran RM80 sila hubungi SC5KM SC3ADI SC2JY SC2JQ, ucapan terima kasih kpd semua ahli yg terus memberi sokongan kepada SCS

Info 5
RAE On The Air 'ROTA' SCS akan diadakan pada 14hb November 2012 jam 9 malam dan akan dipimpin oleh SC2IY Pak Mail, semua di jemput untuk ambil bahagian khusus rakan-rakan yg akan ambil RAE, rakan luar sila gunakan SW di ikuti dengan nama untuk check in.



Info 6
Konvoi Amal SAC 2012 - Tarikh akhir permohonan 25hb November 2012
KL-Grik-Baling Kedah-Pengkalan Hulu-Betong Yala Thailand
Tarikh : 7hb-9hb Disember 2012
Lokasi yang dilawati : rumah anak-anak yatim, surau & masjid Betong Yala.
Peserta : Terbuka untuk semua rakan-rakan SAC dan SCS
Keperluan wajib : Pacuan 4 Roda dan MPV diutamakan, Passport (6 bulan keatas sebelum tamat tempoh)
Borang akan disediakan, bayaran RM800 utk sebuah kenderaan, setiap borang yang dkeluarkan perlu membayar wang pendahuluan RM400, kemeja-T 8 helai untuk setiap penyertaan, bayaran tol sepanjang perjalanan pergi dan balik, sarapan pagi sebelum pelepasan konvoi, termasuk urusan di sempadan dan lain-lain.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi;
Rajawali SC5KM +60133998807
Kedidi SC3ADI +60193264525
Terkukur SC3RA +60193319930
Flamingo SC2JQ +60166045689