Wednesday, May 16, 2012

Check Net Minggu ke-20

Net Controller : SC3-ZBA1
Handle : Dek Na
QTH : Tmn Bukit Serdang
Total Callsign Check-in : 40

Info 1
Terima kasih kepada pihak pengurusan dan teknikal yang mengambil tindakan mengaktifkan semula repeater SCS. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang besabar menunggu selama 3 minggu.
Pihak pengurusan dan teknikal akan sentiasa memantau prestasi repeater dan akan sentiasa menaik taraf dari semasa dari ke semasa.

Info 2
Pihak pengurusan sedang mengemaskini keahlian SCS dan juga sedang menyediakan kad keahlian SCS 2012 dan buku panduan telefon rakan-rakan SCS 2012.
Untuk rakan yang belum kesempatan untuk kemaskini keahlian sila bertindak dengan kadar segera untuk Majlis Mega Eyeball yang akan diadakan tidak lama lagi.

Info 3
Festival Hamfest Komuniti 1Malaysia 2012 anjuran bersama  Jabatan Penerangan Malaysia akan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Diminta sukarelawan hadir ke Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh Kuala Lumpur, 19-20 Mei 2012 10pg-10mlm. Ini adalah bertujuan membantu kerja-kerja persediaan tapak. Semua warga SCS dijemput hadir.


Info 4
Salam buat semua rakan2 Ham & SWAL kawasan Tengah:
Komuniti Astra Selangor akan mengadakan kelas persediaan RAE sessi 1/ 2012 pada:-

Tarikh : 24/6/2012 (Hari Ahad)
Masa : 9am - 5.pm
Bertempat : Dewan Masyarakat Bandar Kinrara Puchong
Tenaga Pengajar : 9M2PRO Sdr. ZANIRUL AKHMAL BIN ZANIRUN & AJK KAS
Bayaran : RM50.00 Termasuk makan, minum & Nota soalan

Pada rakan2 SWAL yg berminat bolehlah berhubung dengan 9W2BHL Sdr Farid ditalian 013-2596006 selaku Biro Peperiksaan & Perlesenan atau saya sendiri 9W2ZBV ditalian 018-2846350 untuk sebarang pertanyaan.


Info 5
Konvoi ke Majlis Walimatulurus harmonic Pak Gah SC3GAH  - dari Kuala ke Kuala.
Tarikh : 27hb Mei 2012, Ahad
Lokasi berkumpul : Taman Layang-layang
Masa : 11.00AM


Tempoh Anggaran konvoi : 1 Jam
Untuk rakan-rakan di kawasan Klang, Banting & Shah Alam, sila berkumpul di Masjid Kuala Selangor.
Semoga kehadiran Tuan dan Puan akan memeriahkan lagi majlis beliau.


Info 6
Ibu, kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu
Selamat Hari Ibu.