Monday, August 19, 2013

Jemputan dari SC3HA @ Merbuk @ Tn Hj Azhar


SC3HA @ Merbuk @ Tn Hj Azhar menjemput semua keluarga warga SCS & SAC ke Majlis Walimatulurus anakanda beliau pada hari Sabtu 24hb Ogos 2013. Beralamat Lot 7460 Kampung Baru Batu 14 Puchong Selangor.

Semoga kehadiran Tuan dan Puan akan memeriahkan lagi majlis beliau.

Tuesday, August 6, 2013

Salam Ramadhan & Aidilfitri 1434 Hijrah

Kepada semua warga SCS dari pihak pengurusan;
Salam Ramadhan & Aidilfitri 1434 Hijrah
Maaf Zahir & Batin
Dengan ingatan tulus ikhlas


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa, lalu mereka berdua saling berjabat tangan melainkan akan diampunkan bagi kedua-dua mereka sebelum mereka berpisah lagi”. ( Riwayat Imam Abu Daud )

Friday, June 7, 2013

Kelas Persediaan RAE 3-2013



Kelas Persediaan RAE 3-2013, 
Tarikh: 23 Jun 2013 Ahad, 
Lokasi: Dewan Mesyuarat Masjid Bdr Kinrara, Puchong
Masa pendaftaran: 8.30 pagi - 5.30 ptg
Yuran: RM50 - bahan rujukan RAE, makan dn minum
Tenaga Pengajar: 9M2PRO
Urusetia;
SC2JQ +6016.604.5689, SC3ZBA +6018.283.1314, SC3HY +6019.335.2595, SC3HT +6012.321.3365

Tuesday, June 4, 2013

Majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1434


Majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1434, anjuran Gabungan Rakan2 SCS Zon Bangi dan Serdang, Lokasi Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM Serdang, pada hari Jumaat 5hb Julai 2013, Bermula 8.00 mlm hingga 12.00 tgh malam. Pakaian kemas, cabutan bertuah dan banyak lagi acara akan diadakan, semua warga SCS di jemput hadir.
Tiada sebarang bayaran dikenakan, hubungi SC3 ZMY Zamri 012.587.1800

Monday, June 3, 2013

Hebahan Mingguan - 3 Jun 2013

1. Jemputan walimatulurus SC3HFZ Mohamad Hafiz b Baharin, pada hari Sabtu 22 Jun 2013, bertempat di Dewan Serbaguna Melati Impian, Gombak Setia Kuala Lumpur. Semoga kehadiran semua warga SCS akan memeriahkan lagi majlis beliau.

2. Jemputan walimatulurus anakanda SC3PR Mohd Noor, pada hari Ahad 30 Jun 2013, bertempat di Lot 6463, Jalan Lombong Perak 3, Kg Lombong, seksyen 29, Shah Alam. Semoga kehadiran semua warga SCS akan memeriahkan lagi majlis beliau.

3. Kelas persediaan RAE 3-2013, akan diadakan pada 23 Jun 2013, Ahad bertempat di Dewan Mesyuarat Masjid Bandar Kinrara, Puchong. Pendaftaran 8.30 pagi, bahan rujukan disediakan, termasuk makan dan minum. Tempat terhad, sila buat pengesahan penyertaan dengan menghubungi SC2JQ 016.604.5689. Tenaga pengajar 9M2PRO Encik Zanirul Akhmal.

4. Majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1434, anjuran Gabungan Rakan2 SCS Zon Bangi dan Serdang, Lokasi Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM Serdang, pada hari Jumaat 5hb Julai 2013, Bermula 8.00 mlm hingga 12.00 tgh malam. Pakaian kemas, cabutan bertuah dan banyak lagi acara akan dadakan, semua warga SCS di jemput hadir. Tiada sebarang bayaran, untuk maklumat lanjut sila hubungi SC3 ZMY Zamri 012.587.1800

Friday, May 10, 2013

One Day Drive Negeri Sembilan



SAC & SCS akan mengadakan program One Day Drive Negeri Sembilan. Konvoi akan melawat lokasi menarik di sekitar Negeri Sembilan. Di samping dapat menambahkan ilmu konvoi, program ini  juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Antara daerah yg bakal di lawat; Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Tampin.

Tarikh           : 18/5/2013 Sabtu
Masa             : Konvoi mula bergerak 9:00AM
Lokasi berkumpul : Petronas Lebuhraya Grand Saga
Kordinat         : N3.025519, E101.771695 (http://goo.gl/maps/3ZSBJ)

Semua rakan-rakan SAC & SCS dijemput hadir. Yuran penyertaan termasuk; sarapan, makan tengahari, Tol. Jumlah Yuran penyertaan akan dimaklumkan kemudian. Untuk pengesahan penyertaan sila hubungi En Saiful (SC3SY/Punai) +6012.279.2390


Info : http://en.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan


Tuesday, March 12, 2013

Repeater SCS telah kembali pulih

Untuk makluman rakan-rakan. Repeater SCS telah kembali pulih seperti sediakala. Semua rakan-rakan dijemput untuk kembali memancar dan menguji audio. Sebarang kesulitan harap dimaafkan.

Jemputan dari SC3ZR, SC3ER dan SC3SYB

Jemputan dari SC3-ZR,9W2-ZRX dan SC3-ZR1,9W2-ZIU. Majlis Perkhawinan adik ipar beliau di No.76 Pasir Penambang 45000 Kuala Selangor, Selangor pada hari Ahad, 31hb Mac 2013 lihat peta ke lokasi di kedaidulena.blogspot.com

Jemputan dari SC3ER (Ashari bin Mohd Tawil @ Along). Majlis perkahwinan adik beliau pada hari Ahad, 17hb Mac 2013 di alamat Lot 121 Jalan Awin Kampung Bukit Cherakah 41500 Meru Klang.

Jemputan dari SC3SYB (Saiful). Majlis Cukur Jambul dan Aqikah putera beliau pada hari Sabtu, 6hb April 2013 di alamat Kampung Teluk Gadong Klang.

Semoga kehadiran rakan-rakan SCS akan memeriahkan lagi majlis.

Wednesday, February 27, 2013

2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke-8 2013


2m Net Ceria Bersama SCS minggu ke-8 2013
Tarikh : 24/2/2013
Net Controller : SC2JQ
Handle : Pak Razif
QTH : Balakong
Jumlah Callsign Check-in :

Info 1
Jemputan dari Saudara Mohamad Irwan Salim (SC3-MIS) 2 Mac 2013 / 19 Rabiulakhir 1434 Bersamaan hari SABTU, beralamat di 1105 Jalan Haji Mokhtar, Kg. Pasir, Hulu Kelang, 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan.

Info 2
Semoga dipermudahkan perjalanan Ibadah Umrah kepada Tok Wan SC3TKW, SC3KBS & SC3KBS1 dan SC3AWP

Info 3
Menjemput semua rakan-rakan ke Mini Eyeball di Bukit Beruntung pada 9hb Mac 2013 untuk bersama dengan SC3WHC yang akan berhijrah ke Ipoh Perak.

Info 4
Salam Takziah kepada keluarga SC3CCV Ahmad Syuhairi Idris telah meninggal pada 25hb Febuari 2013. Innalillahiwainnailaihirojiun."sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita semua akan berpulang kepadanya"

Info 5
Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan yang terlibat dalam Mega Eyeball 2013 SCS dan tak lupa juga kepada semua penaja. Jumlah callsign yang hadir adalah 230. Terima kasih juga kepada 9M2XRO Pak Teh, 9M2NRS Pak Nordin dan 9M2PRO Abg Zanirul diatas bantuan untuk tandatangan borang permohonan callsign.

Info 6
Saudara Mohd Noor SC3MNY masih berada di Hospital Kajang, wad 1 katil 38.

Tuesday, February 12, 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru China 2013


Ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru China 2013 kepada rakan-rakan SCS pemegang callsign SC3AAC ANDREW CHUM, SC3ALL JEE, SC3DAC DAVID CHAN, SC3EBS WONG, SC3HWH HO, SC3KEN FOO, SC3GRT JENNY, SC3KKS JASON KONG, SC3KVN KELVIN WONG, SC3LIO ALEX LIO, SC3NJA NEW JINN, SC3NKC KUAN CHEEK, SC3NKH KUAN HOE, SC3OCC ONG, SC3OYY OOI, SC3TM TAN CHEE MENG, SC3VYY DANNY YONG, SC3WWC CHONG, dari Pengurusan SCS semoga bergembira seisi keluarga dan sehat sejahtera Kong Hee Fatt Choy.